Persatuan Taekwon-Do Negeri Terengganu (GTF) ["PTNT"] (No. Pendaftaran:KBS: 0814/2000) adalah badan sukan di peringkat negeri yang mengawal selia kegiatan taekwondo Chang-Hon di negeri Terengganu Darul Iman dan berdaftar dengan Pejabat Pesuruhjaya Sukan, Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997 dan menjadi ahli Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT)
Persatuan ini dahulunya dikenali sebagai Persekutuan Taekwon-Do Terengganu (ITF), berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1964 pada 1979.
Salinan Perakuan Pejabat
Pesuruhjaya Sukan Malaysia
OBJEKTIF ASAS
Mengeratkan hubungan silaturrahim dan semangat kesukanan yang tinggi dalam diri individu.
Mendidik dan mengasuh ahli-ahli agar meminati sukan dan seni bela diri di peringkat akar umbi.
Mengesan bakat-bakat baru yang
boleh diketengahkan ke tahap yang lebih tinggi serta menyemarakkan lagi
nilai murni kesukanan ahli.
Menjalinkan hubungan yang baik
di antara para pegawai Taekwon-Do dengan para pelatih.
Melahirkan jurulatih-jurulatih
Taekwon-Do yang berwibawa dalam menangani masalah sosial.
Mendidik dan memberi kefahaman bahawa latihan Taekwon-Do selaku seni mempertahankan diri sebagai objektif pertama dan riadhah sukan sebagai objektif kedua.