GRANDMASTER DATO' DR. SABREE BIN SALLEH, 9th Degree Blackbelt (GTF)

Grandmaster Dato' Dr. Sabree Salleh merupakan anak Melayu yang bertanggungjawab dengan perkembangan taekwon-do aliran Chang-Hon di negara ini.  Beliau adalah pengasas MITF dan juga MGTF dan telah dianugerahkan talipinggang hitam darjah ke-9 (9th Dan) oleh mendiang Grandmaster Park Jung Tae, pengasas Global Taekwon-Do Federation pada Disember 2001.  Sebelum menukar gabungan ke GTF, beliau adalah salah seorang murid Pengasas Taekwon-Do, mendiang Gen. Choi Hong Hi dan telah menyumbang kepada penerbitan buku Encyclopedia Of Taekwon-Do yang dikeluarkan oleh ITF.

Penganugerahan Sijil Talipinggang Hitam Darjah Ke-9 oleh Grandmaster Park kepada Dato’ Dr. Sabree Salleh di Pulau Pinang pada Disember 2001. Pengisytiharan oleh mendiang Park Jung Tae dibuat secara mengejut semasa ucapan perasmian Kejohanan Taekwon-Do Kebangsaan MGTF 2001 di Komtar, Pulau Pinang.

 

PERSEKUTUAN TAEKWON-DO GLOBAL MALAYSIA (MGTF) 0758/99

 

Persekutuan Taekwon-Do Global Malaysia atau MGTF berfungsi sebagai pemantau aktiviti-aktiviti taekwon-do peringkat kebangsaan untuk aliran GTF.  MGTF yang dulu dikenali sebagai MITF merupakan badan kebangsaan yang diberi tanggungjawab mengawal kelayakan jurulatih-jurulatih di seluruh negeri.  MGTF melantik seorang Ketua Jurulatih di setiap negeri bagi tujuan menjaga kepentingan dan kewibawaan pelatih. 

 

Tahun 1994 membuktikan bahawa MGTF mampu mengendalikan kejohanan yang bertaraf antarabangsa dan dikatakan kejohanan yang paling cemerlang dan lancar dalam sejarah taekwon-do dunia.  Kejohanan Taekwon-Do Sedunia kali ke-9 (sewaktu MGTF masih dengan nama MITF) yang berlangsung di Kuala Terengganu menaikkan nama Malaysia ke tempat ke-4 dalam pencapaian keseluruhan.  

 

 

Rekod Pencapaian

 

1982

Rakyat Malaysia pertama menjadi jurulatih Pasukan Taekwon-Do Amerika Syarikat yang memenangi tempat pertama dalam Kejohanan Taekwon-Do Sedunia Ke-4 di Glasgow dan tempat kedua dalam Kejohanan Taekwon-Do Antara Benua di Ste-Foy, Quebec, Canada.

 

1984

Rakyat Malaysia pertama menerima Kunci Bandar Shreveport dan Bandar Bossier, Lousiana, kerana sumbangan dalam Taekwon-Do di Amerika Syarikat.

 

Rakyat Malaysia pertama diiktiraf sebagai Pakar Sukan Kombat oleh The World Self Defense Federation.

 

1994

Rakyat Malaysia pertama dan bangsa bukan Korea pertama menerima Anugerah Tertinggi 'Order of Friendship - Kelas Kedua' daripada Presiden Korea Utara, Kim Il Sung kerana sumbangan terhadap perkembangan Taekwon-Do di peringkat antarabangsa.

 

Pengarah Jawatankuasa Penganjuran Kejohanan Taekwon-Do Sedunia ke-9 pada 1994 di Kuala Terengganu, dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia.  Di antara penganjuran yang terbaik di dalam sejarah ITF.

 

1995

Rakyat Malaysia pertama diiktiraf dan tersenarai dalam 'Who's Who in American Martial Arts'.

 

Rakyat Malaysia pertama di dunia mendapat anugerah Talipinggang Emas Kalaripayat oleh Pengasas dan Presiden Persekutuan Kalaipayat Sedunia, Ustaz Hamzah.

 

1996

Rakyat Malaysia pertama melatih Tempur Tanpa Senjata untuk Tentera British di Fort William, Scotland, UK

 

1997

Rakyat Malaysia pertama dan individu kedua di dunia mendapat anugerah Kedoktoran Kehormat Sains Sukan dari Staffordshire University, England selepas lagenda bolasepak Inggeris, Sir Stanley Mathew.

 

1998

Rakyat Malaysia pertama dianugerahkan Talipinggang Hitam Darjah ke-8 daripada Persekutuan Taekwon-Do Antarabangsa (ITF), merupakan yang pertama di Asia dan ke-4 dalam ITF yang ketika itu mempunyai lebih 40 juta ahli dalam 124 negara.

 

Menjadi salah seorang antara 9 orang dalam dunia ini, beliau merupakan rakyat Malaysia pertama mendapat Anugerah Taat Setia, anugerah tertinggi dalam ITF.

 

Pencapaian Lain:-

Rakyat Malaysia pertama dilantik sebagai Executive Council dalam ITF untuk jawatan-jawatan:-

- Under Secretary ITF

- Chairman, Public Relation ITF

- Ahli Lembaga Pengarah ITF

 

Rakyat Malaysia pertama sebagai Master Dalam Taekwondo daripada Persekutuan Taekwondo Sedunia (WTF), Seoul, Korea.

 

Rakyat Malaysia pertama menjawat jawatan sebagai Setiausaha Agung dalam Persekutuan Taekwon-Do Asia Pasifik (APTF).

 

Rakyat Malaysia pertama menerima tiga anugerah pingat dalam ITF:
-Distinguished Service Medal

-Outstanding Instructor Medal

-Loyalty Award

 

Menubuhkan Fakulti Sains Sukan Dan Rekreasi, Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan dilantik sebagai Dekan Pertama.

 

Pengarah Teknikal Pertama untuk Karnival Seni Mempertahankan Diri Hari Kebangsaan yang diadakan setiap tahun di bawah anjuran Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia.

 

Pengarah Teknikal untuk 'Rhythmic Martial-Arts' dalam Karnival Sukan Untuk Semua (KESUMA) diadakan setiap dua tahun oleh Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia.

 

Ketua Jurulatih Tempur Tanpa Senjata Polis Hutan Briged Timur, Tengah dan Utara.

 

Ketua Jurulatih Tempur Tanpa Senjata Unit Tindakan Khas (UTK) Polis DiRaja Malaysia, Bukit Aman.

 

Ahli akademik UiTM pertama mendapat gelaran Dato' Paduka Mahkota Terengganu.

 

Kakitangan UiTM pertama mendapat dua gelaran Dato' iaitu : DPMT (1994) dan DSSA (1999).