Persatuan Taekwon-Do Negeri Terengganu (GTF) ["PTNT"] (No. Pendaftaran:KBS: 0814/2000) adalah badan sukan di peringkat negeri yang mengawal selia kegiatan taekwondo Chang-Hon di negeri Terengganu Darul Iman dan berdaftar dengan Pejabat Pesuruhjaya Sukan, Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997 dan menjadi ahli Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT).

 

Klik pada imej untuk besarkan

 

 

 

 

 

Persatuan ini dahulunya dikenali sebagai Persekutuan Taekwon-Do Terengganu (ITF) berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 pada 30 November 1979. 

 

OBJEKTIF ASAS

 

  • Mengeratkan hubungan silaturrahim dan semangat kesukanan yang tinggi dalam diri individu.

  • Mendidik dan mengasuh ahli-ahli agar meminati sukan dan seni bela diri di peringkat akar umbi.

  • Mengesan bakat-bakat baru yang boleh diketengahkan ke tahap yang lebih tinggi serta menyemarakkan lagi nilai murni kesukanan ahli.

  • Menjalinkan hubungan yang baik di antara para pegawai Taekwon-Do dengan para pelatih.

  • Melahirkan jurulatih-jurulatih Taekwon-Do yang berwibawa dalam menangani masalah sosial.

  • Mendidik dan memberi kefahaman bahawa latihan Taekwon-Do selaku seni mempertahankan diri sebagai objektif pertama dan riadhah sukan sebagai objektif kedua.

Perakuan Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia