BERITA [NEWS]

KEJOHANAN TAEKWON-DO ANTARA SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI TERENGGANU 2007 KALI KE-25

25TH INTER-SCHOOLS TAEKWON-DO ANNUAL CHAMPIONSHIP 2007 (ISTAC)

Dewan Ilmu Bakti, SK Kg Baru Kerteh | 6 - 7 Julai 2007

Piala Presiden milik SMK Tg Mizan Zainal Abidin (STEMZA)

 

Dewan Ilmu Bakti, SMK Kg Baru Kerteh, 7 Julai 2007

 

Kejohanan dua hari ISTAC Ke-25 kali ini menyaksikan tuan rumah SK Kg Baru Kerteh (SKKB) muncul Kontinjen Terbaik Bawah 12 Tahun manakala SMK Tg.Mizan Zainal Abidin (STEMZA) sekali lagi mencipta nama sebagai Kontinjen Terbaik Bawah 17 Tahun dan Kontinjen Terbaik Keseluruhan yang berjaya memungut 74 mata.  SK Kg Baru Kerteh pula sebagai Naib Juara Keseluruhan dengan 56 mata. 

 

Kejohanan ini juga menyaksikan kejutan daripada pasukan baru SM Imtiaz Dungun (IMT.DGN) yang mendapat tempat ketiga bagi Peringkat Bawah 17.  Naib Johan Peringkat Bawah 17 dicapai oleh SMKA Sheikh Abdul Malek (SHAMS). 

 

Kontinjen jemputan adalah daripada Persatuan Taekwon-Do Negeri Kelantan (GTF) ("PERTAK") dan Kelab Taekwon-Do Hulu Langat (ITF).

 

Penyertaan keseluruhan dicatat seramai 500 penyertaan.  Penganjur sebelum mensasarkan penyertaan maksima 800 orang namun beberapa kontinjen terpaksa menarik diri dan sebilangan besar menghantar peserta dan kumpulan pilihan. 

 

Majlis Penutup disempurnakan oleh Presiden PTNT, En.Najmi Abdullah dan Penolong Kanan 1 SK Kg Baru Kerteh, YM Puan Sharifah Asiah Syed Othman.  Penganjuran ISTAC Ke-26 pada tahun hadapan akan kembali semula ke Kuala Terengganu dan dijangka memperkenalkan piala pusingan baru Piala Raja Muda Terengganu. 

LAPORAN [REPORT]

Klik untuk data:-

+Ranking Keseluruhan
+Ranking Kontinjen Bawah 12 Tahun Terbaik +Ranking Kontinjen Bawah 17 Tahun Terbaik +Ranking Kontinjen Terbuka Terbaik
+Peserta-Peserta Terbaik ISTAC 2007 +Pemenang Acara Pattern Individu +Pemenang Acara Pattern Triplet
+Pemenang Emas Free-Sparring Individu +Pemenang Perak Free-Sparring Individu +Pemenang Gangsa Free-Sparring Individu