BERITA [NEWS]

KEJOHANAN TAEKWON-DO MGTF KEBANGSAAN 2006

8-10 Disember 2006, Dewan CRC Kulim, Kedah Darul Aman

 

KULIM, 10 Disember 2006

Kontinjen Terengganu pada kali ini mengekalkan kedudukan di tempat kedua keseluruhan di belakang Kedah. 

 

Terengganu dengan hanya menghantar satu kontinjen sahaja pada tahun ini hanya berjaya memungut 3 Emas, 6 Perak dan 8 Gangsa.

 

Walaupun menepati sasaran peringkat akhir untuk kebanyakan acara,  prestasi pencapaian keseluruhan telah menurun kerana gagal mencapai sasaran sebenar iaitu 8 emas.

 

Ketiadaan tonggak utama Nasree Najmi sedikit sebanyak memberi kesan, beliau sebelum ini telah menyumbang pingat emas dalam acara Pattern Individu 3rd Dan, Free Sparring Individu dan Free Sparring Berpasukan, tidak mengikuti kontinjen kerana sedang mewakili Negara untuk kejohanan sukan Karate-Do di Hanoi, Vietnam.

 

Kontinjen ini menampilkan gabungan muka lama dan baru.  Penyertaan ahli termuda iaitu Nasuha Najmi, 13 tahun, menarik perhatian apabila berjaya mempamerkan persembahan perlawanan yang cemerlang untuk membantu Pasukan Free Sparring Wanita memenangi emas.

 

Program latihan kontinjen ini diketuai dan dilatih sendiri oleh En. Najmi Abdullah. Latihan untuk teknikal Free Sparring dikendalikan oleh En. Nasirewan Najmi dan latihan untuk teknikal Pattern dikendalikan Hj.Saiful Nizam Ashari.

 

Jawatankuasa PTNT mengucapkan jutaan tahniah dan terima kasih kepada semua pegawai, peserta dan ahli-ahli yang mengiringi kontinjen.

 

Penghargaan kepada:-

Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu

Majlis Sukan Negeri Terengganu

Persatuan Taekwon-Do Kulim

 

 

 

"KE ARAH PEMBANGUNAN SUKAN"

 

KONTINJEN NEGERI TERENGGANU 2006:-

Ketua Kontinjen

En. Najmi Abdullah

 

Pengurus Pasukan

Pn. Normaizaiah Awang

 

Penolong Pengurus

Cik Nasriah Najmi

 

 

Peserta Lelaki:-

Hj. Saiful Nizam Ashari

En. Mohd Badri Ubaidillah

En. Nasirewan Najmi

En. Mohd Syafiq Ahmad Roseli

En. Qosim Abd Ghafur

En. Azlan Ishak

En. W Idris Wan Mat

 

Peserta Wanita:-

Cik Nasriah Najmi

Cik Nor Raidhah Razalli

Cik Saudatul Akmal Ahmad Bassin

Cik Nur Junainah Salimah Abdullah

Cik Rosliza Abdul Rahman

Cik Nor Asyikin

Cik Siti Nuur Jannah Saat

Cik Nasuha Najmi

 

Pencapaian

Emas (3):

En. Nasirewan Najmi .....Free Sparring Light Weight

En. Mohd Badri Ubaidillah.....Free Sparring Middle Weight

Team Wanita.....Team Free Sparring

 

Perak (6)

Cik Nasriah Najmi.....Individual 3rd Dan Pattern

Cik Nur Junainah Salimah Abdullah.... Individual 2nd Dan Pattern

En. Mohd Syafiq Ahmad Roseli.....Free Sparring Heavy Weight

Cik Rosliza Abd Rahman.....Free Sparring Heavy Weight

Cik Nor Raidhah Razalli.....Free Sparring Middle Weight

Cik Saudatul Akmal Ahmad Bassin.....Free Sparring Micro Weight

 

Gangsa (8)

Hj. Saiful Nizam Ashari.....Individual 3rd Dan Pattern

En. Mohd Badri Ubaidillah .....Individual 2nd Dan Pattern

En. Mohd Badri Ubaidillah/Cik Nur Junainah Salimah Abdullah.....Couple Pattern

En. W Idris Wan Mat.....Free Sparring Micro Weight

Cik Nasriah Najmi.....Free Sparring Hyper Weight

Cik Siti Nuur Jannah Saat.....Free Sparring Light Weight

Team Lelaki.....Team Pattern

Team Wanita.....Team Pattern

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Klik pada gambar untuk paparan penuh