Ekstrak daripada Nota Laporan Minit Mesyuarat Agung Persekutuan Taekwon-Do Terengganu (ITF) Kali Ke-11 hingga Kali ke-14

 

 AKTIVITI TAHUN 1996 - 1999

 

1.  AKTIVITI TAHUN 1996

 

1.1   Kejohanan Taekwon-Do Antara Sekolah-sekolah Negeri Terengganu & Jemputan

Tarikh: 28 - 29hb. Jun 1996

Tempat : Dewan Kompleks Belia Dan Sukan, Jalan Pasir Panjang.

 

Pembabitan hampir 600 orang ahli. SM Teknik Kuala Terengganu telah menjadi Juara Keseluruhan.

 

1.2   Kejohanan Taekwon-Do Jemputan Traditional Taekwon-Do Academy (TTA) 1996

Tarikh: 23 - 24hb. Mac 1996

Tempat : Petaling Jaya, Selangor

 

Lima peserta pilihan mewakili negeri ini dibiayai sepenuhnya oleh En. Najmi Abdullah.  Pungutan pingat sebanyak 3 Emas, 2 Perak dan 2 Gangsa.

 

1.3   Kejohanan Taekwon-Do Jemputan Kebangsaan ITM 1996

Tarikh:

Tempat : ITM Shah Alam, Selangor

 

24 peserta pilihan mewakili negeri dilatih oleh En.Najmi Abdullah dan En. Saiful Nizam Ashari telah berjaya membawa pulang pungutan pingat sebanyak 3 Emas, 7 Perak dan 3 Gangsa.

 

1.4   Kejohanan Taekwon-Do Jemputan Johor Bahru 1996

Tarikh: 13 - 14hb. Julai 1996

Tempat : Petaling Jaya, Selangor

 

22 peserta pilihan mewakili negeri diketuai oleh En.Najmi Abdullah dan En. Saiful Nizam Ashari telah berjaya membawa pulang pungutan pingat sebanyak 9 Emas, 3 Perak dan 12 Gangsa. Anugerah Male Best Performance (Color Belt) dimenangi oleh En. Saiful Nizam Ashari.

 

1.5   Kejohanan Taekwon-Do Jemputan MPAJ

Tarikh: 28 - 29hb. September 1996

Tempat : Ampang, Selangor

 

Hanya 3 peserta kanak-kanak terlibat dan berjaya mengumpul 2 Emas, 2 Perak dan 1 Gangsa.

 

1.6   Kejohanan Taekwon-Do Terbuka UTM 1996

Tarikh: 28 - 29hb. Disember 1996

Tempat : UTM Jalan Semarak, Kuala Lumpur

 

37 peserta pilihan mewakili negeri ini diketuai oleh En.Najmi Abdullah dan En. Saiful Nizam Ashari berjaya membawa pulang pungutan pingat sebanyak 11 Emas, 7 Perak dan 11 Gangsa.

 

Anugerah Male Best Performance (Black Belt) dimenangi oleh En. Saiful Nizam Ashari.

Anugerah Male Best Performance (Colored Belt) dimenangi oleh Sdr. Mohd Rosli.

Anugerah Female Best Performance (Colored Belt) dimenangi oleh Cik Sh. Saliza Barakbah.

 

Kontinjen Negeri dinobat sebagai Johan Keseluruhan dan membawa pulang Piala Pusingan.

 

1.7   Bengkel Pengurusan Rakan Wajadiri Oleh Jabatan Belia Dan Sukan Negeri

Tarikh: 30hb. Sept - 3hb. Oktober 1996

Tempat : Dewan Kompleks Belia Dan Sukan, Jalan Pasir Panjang.

PTT menghantar seramai 6 peserta.

 

 

Laporan Oleh:

En. Mohd. Agus Othman (2nd Degree Blackbelt)

Setiausaha Agung

 

 


 

2.  AKTIVITI TAHUN 1997

 

2.1   Kejohanan Taekwon-Do Jemputan Kebangsaan ITM 1997

Tarikh: 10 - 11hb. Mei 1997

Tempat : ITM Shah Alam, Selangor

 

24 peserta pilihan mewakili negeri ini diketuai oleh En. Saiful Nizam Ashari.  Pungutan pingat sebanyak 3 Emas, 7 Perak dan 3 Gangsa.

 

2.2   Kejohanan Taekwon-Do Antara Sekolah-sekolah Negeri Terengganu 1997

Tarikh: 18 - 19hb. Julai 1997

Tempat : Dewan Sekolah Al-Falah, Kemaman

 

Penyertaan lebih kurang 500 orang ahli.  Juara Keseluruhan disandang oleh SMA Batu Rakit Kuala Terengganu yang ketuai oleh En. Wan Ali Wan Zainuddin dan dilatih oleh En. Saiful Nizam Ashari.

 

2.2   Kejohanan Seni Mempertahankan Diri Hari Kebangsaan 1997

Tarikh: 16 - 17hb. Ogos 1997

Tempat : Shah Alam, Selangor

 

9 peserta pilihan mewakili Kontinjen Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Terengganu ini dipimpin oleh En. Saiful Nizam Ashari telah membawa pungutan pingat sebanyak 1 Emas dan 4 Gangsa.  Pingat emas ini merupakan pingat emas tunggal untuk kontinjen JBS Negeri Terengganu. 

 

Kontinjen JBS Negeri Terengganu diwakili oleh Persekutuan Taekwon-Do Negeri Terengganu (ITF), Persatuan Taekwon-Do Terengganu (MTA/WTF), Persatuan Seni Silat Gayung Negeri Terengganu, Persatuan Seni Silat Cekak Terengganu dan Persatuan Seni Silat Cekak Hanafi Terengganu.

 

2.3   Kejohanan Taekwon-Do Kebangsaan MITF 1997

Tarikh: 6 - 7hb. September 1997

Tempat : Melaka

 

8 peserta pilihan mewakili negeri ini diketuai oleh En. Najmi Abdullah.  Pungutan pingat sebanyak 3 Gangsa sahaja.

 

Laporan Oleh:

En. Mohd. Agus Othman (2nd Degree Blackbelt)

Setiausaha Agung

 

 


 

3.  AKTIVITI TAHUN 1998

 

3.1   Kejohanan Taekwon-Do Kebangsaan MITF 1998

Tarikh:    1998

Tempat : Mega Mall Kuantan

 

12 peserta pilihan mewakili negeri ini diketuai oleh En. Saiful Nizam Ashari.  Pungutan pingat sebanyak 1 Emas dan 6 Gangsa.

Kontinjen Terengganu amat menonjol dalam acara Free Sparring Berpasukan yang berjaya mengalahkan pasukan jemputan negara.

 

2.2   Kejohanan Taekwon-Do Antara Sekolah-sekolah Negeri Terengganu Dan Jemputan 1998 anjuran bersama Persatuan Taekwon-Do Antarabangsa KUSZA

Tarikh:        1998

Tempat :     Gymnasium Kolej Agama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) Kuala Terengganu

Penyertaan: 1,000 peserta

 

Laporan Oleh:

En. Mohd. Agus Othman (2nd Degree Blackbelt)

Setiausaha Agung