SISIPAN LAPORAN AKTIVITI UNTUK AGM KALI KE-17 2002
Sepanjang Tahun 2002, beberapa aktiviti dan kejohanan yang sempat dijalankan adalah seperti berikut:
1. Seminar Sukan Untuk Semua Peringkat Negeri Terengganu.
Anjuran : Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu
Tarikh: 14hb. Mac 2002
Tempat: Hotel Permai Park Inn, Kuala Terengganu.
Wakil: 4 peserta
2. Grading Berpusat Kali Pertama di SMT Wakaf Tembusu & SMASZA.
Grading ini dibahagikan kepada 2 sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang. Sesi pagi meliputi kawasan bandar dan bertempat di Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin (Atas) Batu Buruk. Sesi petang pula meliputi kawasan Terengganu Utara dan sekitar Gong Badak.
Seramai 4 peserta yang cemerlang dianugerah dengan kenaikan triple.
Seorang lulus talipinggang hitam Darjah Pertama (1st Dan) dan seorang jurulatih lulus talipinggang hitam Darjah Kedua (2nd Dan).
Jumlah keseluruhan peserta yang terlibat ialah 120 pelajar.
3. Grading Berpusat Kali Kedua di SMA Khairiah.
Peserta : 60 orang pelajar perempuan sahaja
4. Grading Khas 3rd Degree Blackbelt
Tarikh: 26hb. Julai 2002
Tempat: Pusat Latihan Kuala Terengganu
Pemeriksa : Grandmaster Dato’ Dr. Sabree Salleh
5. Kejohanan Kebangsaan Seni Mempertahankan Diri Rakan Muda 2002
Anjuran: Kementerian Belia dan Sukan.
Tarikh: 30 Mei hingga 2 Jun 2002.
Tempat: Kuantan, Pahang
Wakil: 15 orang peserta termasuk 5 pegawai.
Kejohanan merangkumi 17 aliran persilatan di Malaysia. Bagi Taekwon-Do GTF, pertandingan berlangsung di Ruang Legar Kuantan Parade.
Pencapaian Persatuan Negeri : 2 Emas 1 Perak
Pencapaian Emas Kontinjen: 13 Emas
7. Kursus Kepimpinan dan Pengurusan NGO’s Sukan dan Rekreasi.
Anjuran: Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Terengganu
Tarikh : 7 – 10 Jun 2001
Tempat: Pulau Rhu, Besut
Wakil: 2 orang
8. Kejohanan Taekwon-Do Tahunan Antara Sekolah-Sekolah Negeri Terengganu
(ISTAC 2003)
Tarikh: 21-22 Jun 2002
Tempat : Dewan Riadhah, Sekolah Menengah Teknik Wakaf Tembusu
Penyertaan: 530 orang
9. Kejohanan Taekwon-Do GTF Jemputan Negeri Kelantan.
Anjuran: Persatuan Taekwon-Do Negeri Kelantan
Tempat: Kompleks Sukan Sekolah Putera.
Tarikh: 5 – 6 Julai 2002
Wakil: 38 orang peserta dan 2 orang pegawai.
Pencapaian: 27 pingat emas
(3 dari peserta kita telah terpilih sebagai peserta terbaik lelaki dan terbaik perempuan)
10. Kejohanan Taekwon-Do Kebangsaan MGTF 2002 di Negeri Sembilan
Anjuran: MGTF, PTNS dan Politeknik Port Dickson
Tempat: Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan.
Tarikh: 1-2 November 2002
Wakil : 18 orang peserta termasuk pegawai.
Pada kejohanan kali ini negeri berjaya membawa balik 1 pingat emas, 2 perak dan 3 gangsa. Berikut adalah perincian pemenang,
Emas
· Nasriah Najmi – Free Sparing Female Hyper Weight
Perak
· Ahmad Irham – Free Sparing Male Micro Weight
· Lily Suzie – Free Sparing Female Heavy Weight
Gangsa
· Rahimawati Ali – Free Sparing Female Middle Weight
· Sparing Berpasukan Lelaki (6 orang)
· Sparing Berpasukan Wanita (6 orang)
LAPORAN BAHAGIAN KEBUDAYAAN & KEUGAMAAN
Fungsi utama Jawatankuasa Kebudayaan & Keugamaan ialah menjana aktiviti luar yang bukan bentuk latihan tetapi cenderung kepada majlis sosial dan sukan.
i. Perlawanan Bolasepak Persahabatan
ii. Program Gotong-royong
iii. Majlis Makan Malam Jurulatih & AJK
iv. Majlis Berbuka Puasa