Ekstrak daripada Nota Laporan Minit Mesyuarat Agung PTNT Kali Ke-16 pada 14hb. September 2001 di Batu Burok Beach Resort, Kuala Terengganu.

 

AKTIVITI Persatuan Taekwon-Do Negeri Terengganu (GTF) TAHUN 2000

 

May 2000

Kejohanan Taekwon-Do Sedunia GTF 2000 di Rimini, Italy.  Dua (2) ahli PTNT telah terpilih masing-masing mewakili Malaysia dan UUM.  Berjaya menyumbang satu (1) pingat gangsa acara individu untuk kontinjen negara.

 

Jun 2000

Kejohanan Taekwon-Do Tahunan Peringkat Negeri Terengganu (ISTAC 2000) telah diadakan di Gelanggang Budaya Kompleks Belia Dan Sukan, Jalan Pasir Panjang, Kuala Terengganu.

Penyertaan lebih kurang 640 peserta. 

 

Kem Kecemerlangan 2000 diadakan di Taman Pertanian Negeri, Sekayu, Kuala Berang.

Diketuai oleh En. Ahmad Rusydan Suhaimi.  Penyertaan sebanyak 86 orang pelajar sekolah menengah.

  

Ogos 2000

Demonstrasi Sempena Hari Kebangsaan di Padang Maziah, Hadapan Bangunan Arkib Mara, Kuala Terengganu. Penyertaan seramai 20 orang. 

  

7 - 8 September 2000

Kejohanan Seni Beladiri Kebangsaan 2000 Anjuran Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia di UiTM, Shah Alam.

Penyertaan seramai 10 orang.

  

Kejohanan Taekwon-Do Kebangsaan MGTF 2000 di Stadium Negara, Kuala Lumpur

Penyertaan 1 kontinjen seramai 16 orang.