MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ITF & WTF

KE ARAH PENGGABUNGAN DUA BADAN TAEKWON-DO TERBESAR DUNIA

 

[-isikandung masih dalam proses pembaikan-]

 

 

 

PERBEZAAN RINGKAS ANTARA TAEKWON-DO CHANG-HON (ITF) DENGAN KUKKI (WTF)

 

ITF

 

WTF

SEJARAH

Taekwon-Do diasas dan dinamakan pada 1955 oleh Gen. Choi Hong Hi.  ITF ditubuhkan pada 1966 dengan 9 negara ahli.  Gen. Choi menjadi presiden.

Gen. Choi memindahkan ibu pejabat ITF ke Toronto, Canada pada 1973 dan kemudiannya ke Vienna, Austria. Kini ibu pejabat ITF kekal di Vienna.

Korea Selatan menubuhkan WTF pada 1973 dengan "taekwondo" sebagai satu perkataan.

TEKNIK

Gen. Choi mencipta 24 pattern (dikenali sebagai  'Tul') yang diterbitkan di dalam buku "Taekwon-Do The Art Of Self Defense" pada 1965.  Semua Tul dinamakan sempena pahlawan Korea silam dan berkonsepkan sejarah Korea.

Cara persembahan dan penjanaan teknik berbeza dengan WTF.  Pergerakan pattern mempunyai asas gerakan gelombang atau sine-wave motion.

WTF telah melalui beberapa perubahan dalam set pattern atau form yang dikenali sebagai 'Poom-Se'.  Poom-Se yang asal diamal oleh WTF ialah Ki-Cho 1 hingga 3 dan Pal-Gwe 1 hingga 8.  Kebanyakan pusat latihan WTF tidak lagi mengamalkan Ki-Cho dan Pal-Gwe tetapi lebih mengutamakan Tae-Geuk 1 hingga 8 bagi pelatih bukan bertalipinggang hitam.  Peringkat talipinggang hitam mengamalkan set Poom-Se yang berlainan.

WTF tidak menggunakan pergerakan berasaskan gelombang.

TERMA

Gen.Choi menamakan 3500 teknik ITF dalam kedua-dua bahasa Inggeris dan Korea.

"Turning Kick"

"Round Kick"

Terma yang digunakan dalam WTF berlainan dalam kedua-dua bahasa Inggeris dan Korea.

PERTANDINGAN

Dalam ITF, pelatih menggunakan sarung tangan (hand glove) dan sarung kaki (leg glove) khas untuk free-sparring untuk mengurangkan risiko kecederaan terhadap lawan. Perlindungan lain untuk kepala (head gear), mulut dan tulang yang diperbuat daripada bahan lembut juga dibenarkan.  Tumbukan ke arah muka dan badan dibenarkan.   Bahagian larangan ialah belakang kepala, belakang tubuh dan bawah paras talipinggang. 

Konsep 'light-contact' digunakan, tidak benarkan menjana teknik dengan daya yang melampau atau tinggi yang boleh mencederakan lawan.

Acara dalam pertandingan tidak terhad kepada free sparring sahaja tetapi pattern, teknik khas, pecahan dan acara berkumpulan.

Pelatih WTF menggunakan perlindungan dada seperti jaket kalis peluru dan perlindungan kepala (head gear).  Sarung tangan dan kaki tidak digunakan.  Tumbukan ke arah muka dilarang sama sekali.  Konsep 'full-contact' digunakan, pelatih boleh menjana teknik dengan daya yang tinggi.

Dalam sesuatu kejohanan WTF hanya menumpukan acara free sparring.

UNIFORM

Uniform putih ITF menggunakan zip dari bawah hingga ke tengah untuk baju.  Pemegang talipinggang hitam menggunakan uniform berjalur hitam pada bahagian bawah baju.  Pemegang talipinggang hitam 4th Dan dan ke atas mempunyai tambahan jalur pada lengan baju dan seluar.

WTF menggunakan uniform berbentuk V pada leher (V-Neck) dan mempunyai warna yang pelbagai.  Pemegang talipinggang hitam junior mempunyai jalur hitam dan merah pada leher uniform.

TAHAP TALIPINGGANG HITAM

Sistem tahap dalam ITF mempunyai 10 gred talipinggang warna dan 9 tahap talipinggang hitam dikenali sebagai Dan.  Panggilan Master hanya untuk mereka yang memperolehi 7 Dan ke 8 Dan.  Panggilan Grandmaster untuk 9 Dan.  

WTF membenarkan panggilan Master kepada pemegang 5 Dan.  Tahap terakhir adalah 10 Dan.

FALSAFAH

ITF mematuhi Rukun-rukun Taekwondo falsafah yang diajar oleh Gen.Choi Hong Hi, pengasas Taekwondo.  Penekanan diberi kepada pelatih dalam falsafah, nilai murni, teori pattern, kesempurnaan teknikal dan aspek-aspek kesukanan serta kesenian.

WTF amat menitik beratkan aspek kesukanan dan begitu menumpukan konsep pertandingan dan Olimpik.  Justeru sistem latihan bertumpu pada latihan stamina, sparring dan tendangan pad.