TAEKWON-DO GTF ANTARA SEKOLAH-SEKOLAH KEJOHANAN NEGERI TERENGGANU DAN JEMPUTAN
PENDAHULUAN.
ISTAC adalah singkatan bagi “Inter School Taekwon-Do Championship”, merupakan salah satu aktiviti dalam kalendar tahunan Persatuan Taekwon-Do Negeri Terengganu (GTF). Kejohanan yang mengumpulkan semua ahli dari seluruh daerah di Negeri Terengganu yang bergabung dan berdaftar dengan persatuan Taekwon-Do negeri. Matlamat asal ISTAC ialah sebagai medan bagi mencungkil bakat-bakat baru yang boleh di ketengahkan untuk mewakili Negeri Terengganu ke kejohanan di peringkat kebangsaan.
Pada tahun ini dengan kerjasama Sekolah Menengah Teknik Wakaf Tembusu, ISTAC 2002 telah berjaya disempurnakan pada 21 – 22 Jun 2002 di Dewan Riadah sekolah. Seramai lebih kurang 530 penyertaan telah diterima. Ini merupakan kali pertama pihak persatuan berkerjasama dengan pihak sekolah untuk mengadakan satu kejohanan peringkat negeri di sekolah,, dan mungkin ini merupakan juga ianya merupakan titik permulaan dalam usaha persatuan mempromosikan seni mempertahankan diri ini di peringkat sekolah-sekolah.
Walaupon jumlah penyertaan kali ini agak berkurangan dari pertandingan sebelumnya tetapi ianya tetap mencapai matlamat utamanya, iaitu untuk melatih dan memberi pendedahan pada para pelajar pada seni itu sendiri di samping dapat mencungkil bakat-bakat baru dalam seni mempertahankan diri ini.
TARIKH
21 – 22 Jun 2002 (Jumaat dan Sabtu)
TEMPAT
Dewan Riadah, Sekolah Menengah Teknik Wakaf Tembusu, Jalan Gong Badak, Kuala Terengganu.
PENYERTAAN.
Penyertaan kali ini tidak seramai penyertaan ISTAC sebelum ini, ia disebabkan pada tahun ini persatuan dari daerah Dungun tidak menghantar peserta mereka. Antara sebab-sebab lain yang menyebabkan penyertaan ISTAC kali ini berkurangan ialah tarikh kejohanan pada kali ini kebetulan jatuh sama dengan satu perhimpunan jambori untuk badan berunifom di sekolah. Jadi ramai pelajar terpaksa menarik diri dari kejohanan untuk menyertai jambori tersebut.
Walaubagaimanapon jumlah penyertaan dari untuk daerah Kuala Terengganu dan Marang pada tahun ini menunjukkan sedikit pengkatan dan ia adalah satu perkembangan yang memberangsangkan. Minat dan kesungguhan yang ditunjukkan pihak sekolah menunjukkan bahawa pihak sekolah semakin memberi sokongan untuk aktiviti Taekwon-Do di peringkat sekolah.
Pada tahun ini juga ISTAC ditambah dengan acara jemputan dan pada tahun ini kita menerima penyertaan dari Negeri Kelantan seramai 38 orang peserta dan Negeri Johor seramai 5 orang. Pada tahun ini Negeri Pahang tidak dapat menghantar peserta kerana kebetulan kebanyakan peserta mereka terlibat dengan peperiksaan, tapi mereka menghantar seorang jurulatih sebagai wakil.
Berikut senarai nama sekolah yang menghantar peserta pada tahun ini:
Senarai nama jurulatih negeri yang terlibat sebagai pengadil:
1. En. Hanafi Bin Hanifah (ketua pengadil) 3rd Degree
2. Tn. Hj. Saiful Nizam Ashari 3rd Degree
3. En. Paul James Monteiro 3rd Degree
4. En. Nasree Najmi 3rd Degree
5. Cik Rizawati Rathna Razak 2nd Degree
6. En. Badri Ubaidillah 2nd Degree
7. En. Halim Udin 1st Degree
8. En. Wan Mohd Wan Abdullah 1st Degree
9. Ustaz Irham 1st Degree
10. En. Ahmad Rashdan 1st Degree
11. Cik Rahimawati Ali 1st Degree
PERASMIAN
Perasmian pada kali ini di jalankan pada hari kedua kejohanan. Ia telah disempurnakan sendiri oleh Ketua Polis Negeri Terengganu, SAC 1 Othman Talib selaku penaung Persatuan Taekwon-Do Negeri Terengganu (GTF). Diantara tetamu yang hadir di majlis perasmian penutup itu ialah Pengetua Sekolah Menengah Teknik Wakaf Tembusu, Ketua Jurulatih Negeri Terengganu, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Menengah Teknik Wakaf Tembusu, dan guru-guru pengiring dari sekolah-sekolah yang mengambil bahagian.
LAPORAN AKTIVITI DAN ATUCARA MAJLIS
- 20 Jun 2002
o 3 petang - kaunter pendaftaran dibuka
o 9 malam - semua pengadil berkumpul di dewan Riadah untuk taklimat dan persiapan gelanggang.
- 21 Jun 2002 (Hari pertama)
o 8 pg - kaunter pendaftaran dibuka
o 9.30 - pertandingan dimulakan dengan acara pattern bawah 12 dan bawah 17
o 12.30 tengah hari - kejohanan ditangguhkan selepas solat Jumaat dan makan tengah hari
o 3 ptg - pertandingan disambung sehingga jam 6 ptg.
- 22 Jun 2002 (Hari kedua)
o 9 pg - kejohanan dimulakan free sparing
o 12.30 t/hari - makan tengah hari
o 3.30 ptg - kejohanan di hentikan seketika bagi memberi laluan kepada acara perasmian penutup oleh Ketua Polis Negeri, SAC 1 Othman Talib.
o 4.15 ptg - kejohanan diteruskan dengan acara final.
o 6 ptg - majlis bersurai..
LAPORAN KEWANGAN
- sponsor
v Penaung Persatuan Taekwon-Do Negeri Terengganu (GTF), SAC 1 Othman Talib telah menyumbangkan 2 piala pusingan.
v Presiden Persatuan Taekwon-Do Negeri Terengganu (GTF), Dato’ Abdul Rashid Ngah telah menyumbangkan sebanyak RM 1000.00
v MAIDIN telah menyumbang 600 keping sijil kejohanan.
v Oriental Martial Arts pula menyumbangkan no peserta dan wang sebanyak RM 300.00.
- pendaftaran
(dalam laporan bendahari)
LAPORAN MAKLUMBALAS / PENILAIAN KESELURUHAN
Keseluruhan pengurusan agak tidak teratur. Ini disebabkan kurang jurulatih yang berpengalaman yang membantu. Juga disebabkan pengurusan yang terpaksa ditangguhkan kerana ia melibatkan prosidur dan ketetapan peraturan sekolah. Ini disebabkan pihak sekolah terpaksa mengikuti ketetapan dan garis panduan Jabatan Pendidikan Negeri dan jugak Jabatan Pendidikan Bahagian Taknikal.
Keseluruhan kejohanan berjalan dengan baik, melainkan ada berlaku sedikit kekalutan semasa pendaftaran. Ini disebabkan kebanyakan urusetia kurang berpengalaman. Kebanyakan mereka terdiri dari pelajar sekolah yang kurang pendedahan dengan sistem dan perjalanan kejohanan. Ia juga disebabkan kelambatan membuat persediaan yang lebih awal serta kekurangan orang yang berpengalaman yang dapat membantu.
Kaunter pendaftaran juga terpaksa dibuka pada hari kejohanan berikutan terdapat juga penyertaan yang lambat dari sekolah-sekolah.
Keadaan dan kesesuaian tempat juga sedikit sebanyak mempengaruhi perjalanan kejohanan. Kekurangan tempat bagi penonton menyebabkan penonton membanjiri di bahagian tepi gelanggang dan ini sedikit megganggu perjalanan pertandingan. Keadaan penonton dan penyokong menghalang laluan peserta untuk keluar masuk gelanggang. Banyak jugak para ibubapa terpaksa berdiri kerana tidak mempunyai ruang untuk duduk.
Terdapat juga beberapa penyokong yang bertindak keterlaluan seperti bersorak dan membuat bising, membuang sampah merata-rata, mengganggu ketenteraman dan perjalanan pertandingan. Ada juga dikalangan mereka yang mengeluarkan kata-kata kesat kepada pihak lawan. Ini telah menunjukkan satu sifat dan imej yang tidak sihat kepada persatuan dan imej ISTAC itu sendiri. Sepatutnya pihak sekolah dan jurulatih perlulah menitikberatkan msalah disiplin dan bukan saja peserta mereka tetapi juga para penyokong yang mereka bawa, karana masalah sebegini boleh memburukkan nama baik persatuan dan imej taekwon-do itu sendiri. Di samping membuat latihan fizikal penerapan dari sudut rohani juga penting bagi membentuk sahsiah diri golongan remaja menjadi lebih berdisiplin dan berwibawa.
KEKANGAN YANG TIMBUL
Terdapat beberapa kekangan yang timbul disepanjang perjalanan kejohanan diantaranya ialah:
q Masalah kekurangan sumber kewangan.
q Masalah sistem pengurusan yang tidak kemas.
q Masalah kekurangan pegawai pengurusan yang cekap.
q Kelambatan dalam membuat pesediaan peralatan.
q Kekurangan promosi menyebabkan ISTAC kurang diketahui.
q Tiadanya pengkhususan tugas diantara pihak persatuan dengan pihak sekolah dalam pembahagian tugas.
q Kurang komitment dari keseluruhan jurulatih.
q Keadaan tempat yang kecil dan kurang sesuai.
q Kesesuaian dan pemilihan masa yang tidak tepat, menyebabkan ada aktiviti pelajar yang bertembung dengan masa kejohanan.
CADANGAN MEMPERBAIKI KELEMAHAN
Terdapat beberapa perkara yang perlu diteliti bagi meningkatkan kekemasan perjalanan kejohanan antaranya :
Ø Perlu lebih berusaha lebih awal bagi mendapatkan peruntukan kewangan dan berusaha dengan lebih gigih lagi.
Ø Kerjasama dari setiap jawatan kuasa yang terlibat.
Ø Memcari dan memperkemaskan sistem pengurusan dan pentadbiran sebelum dan semasa kejohanan dijalankan.
Ø Membuat persediaan yang lebih awal dan teliti bagi memperkemaskan perjalanan kejohanan.
Ø Perhebatkan promosi supaya ISTAC akan lebih ketahui dimata masyarakat umum, dengan ini diharap mudahlah untuk kita mendapat sumbangan kewangan.
Ø Pembahagian tugas yang lebih awal dan perancangan yang lebih teliti diperingkat pengurusan boleh melancarkan lagi perjalanan kejohanan.
Ø Pemilihan masa yang tepat. Pemilihan masa yang tepat bagi memberi lebih masa pada para peserta untuk membuat pesiapan untuk menyertai kejohanan dan juga memberi peluang kepada semua pelatih untuk mewakili dan menyertai kejohanan ini.
Ø Untuk tahun yang akan datang, sekurang-kurangnya persatuan harus mendapatkan satu set metres getah bagi memberikan keselamatan pada para peserta kejohanan.
Ø Pihak persatuan dan juga para jurulatih seharusnya menggalakkan pihak sekolah masing-masing mempunyai set glove mereka sendiri, ini bagi mengurangkan penggunaan glove persatuan yang akan digunakan oleh peserta negeri untuk ke pertandingan kebangsaaan.
PENUTUP
Semoga dengan siapnya laporan ini dapatlah kita mengenalpasti kelemahan dan kekurangan yang terdapat pada ISTAC 2002 ini, dan ianya boleh kita jadikan landasan serta panduan bagi persiapan dan persediaan kita untuk kejohanan ISTAC yang akan datang. Seterusnya kita dapat meningkatkan mutu dan prestij kejohanan supaya ianya akan lebih terkenal dan diminati.
ISTAC juga boleh dijadikan medan atau asas di mana persatuan dapat menjana sumber kewangan. Ahli jawatankuasa biro kewangan seharusnya dan boleh memainkan peranan, mencari peluang-peluang bagaimana persatuan boleh mendapat menafaat pada satu perhimpunan ahli-ahli taekwon-do yang terbesar di Negeri Terengganu ini. Banyak peluang yang boleh diterokai di mana ianya boleh mendatangkan pulangan yan baik pada persatuan.
Mereka harus sedar dan faham dengan adanya sumber kewangan yang baik dapat membantu persatuan bagi meningkatkan dan kelancaran perjalanan sebarang program atau aktiviti yang dirancangkan.
Jurulatih juga harus memainkan peranan dalam melatih dan menggalakkan ahli mereka untuk menyertai kejohanan ini. Pendedahan sebegini diharap dapat menyedarkan orang ramai kepada kepentingan seni mempertahankan diri dalam kehidupan seharian.
Disediakan oleh:
(Ahmad Rusydan Suhaimi)
Pengarah kejohanan